Tampilkan postingan dengan label merah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label merah. Tampilkan semua postingan
Rabu, 05 Februari 2014
Kemalangan Inilah Akibat Melanggar Lampu Merah
Apa akibatnya jika anda melanggar lampu merah?? Tidak ada akibat lain selain kesusahan, kesakitan dan juga kemungkinan besar kematian.Video selama hanya 46 saat di laman YouTube yang baru dimuatnaik semalam menjawab segala-galanya apa akibatnya jika anda melanggar lampu merah di jalan raya.Video itu pada awalnya menunjukkan sebuah kereta sedang laju di sebatang jalan yang lurus tidak kelihatan seperti berhenti. Perhatikan pada lampu isyarat yang menunjukkan laluan kereta itu sepatutnya berhenti kerana lampu merah menyala. Atas sebab yang tidak dapat dijelaskan kereta itu tidak mahu berhenti sebaliknya terus memandu laju.Saat-saat akhir video menunjukkan sebuah motosikal yang juga laju dan memang sepatutnya terus bergerak kerana lampu hijau dan kemudian terus dirempuh kereta tadi.Saksikan bagaimana penunggang motosikal itu melambung tinggi selepas dirempuh kereta terbabit. Mangsa kemudian dilihat diam seketika selepas terbaring di atas jalanraya tetapi kemudian dilihat bergerak sedikit menahan sakit.Kemalangan ngeri itu dipercayai berlaku di Filipina jika dilihat pada penjelasan yang diberikan. Bagaimanapun, kami ingin menyampaikan penerangan jelas apa akibatnya jika anda mengambil risiko melanggar lampu merah tambahan lagi jika anda penunggang motosikal.Mynewshub
Minggu, 29 Desember 2013
Tolak merah Tamrin ajak rakyat hijaukan Malaysia
Harakahdaily
| Mohd Sabri Said, | 21 Jun 2012 |
Sikap kepimpinan negara yang terlalu boros, ego dan kurang turun ke padang membuatkan rakyat terlalu muak untuk memilih Umno sekali lagi pada pilihanraya umum ke 13 nanti.
"Tanda merah dan lumpuh. Marilah kita hijaukan Malaysia dengan kasih sayang, niat suci dan bertekad akan jatuhkan Umno dan BN pada pilihanraya umum ke 13, " ujarnya ketika berceramah di Padang Awam, Kampung Jarak Atas, Tasek Gelugor semalam.
Walaupun dirinya masih berada dalam Umno namun jiwanya tidak lagi suka sepertimana dulu bekerja untuk meninggikan kepentingan Umno dan kepimpinanya.
Hari ini peluang untuk Umno menang agak tipis maka tiada jalan lain bergeraklah tinggalkan parti yang bakal ranap di telan arus masa.
"Saya masih Umno tapi Umno saya dah makin hilang, " terangnya di sambut laungan takbir dari hadirin.
Sambung Tamrin, rakyat terus ditipu apabila sukar untuk mendapatkan pinjaman tetapi begitu mudah memberikan peluang kepada kroni mereka tanpa mengikut peraturan sepertimana diberikan kepada suami Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil untuk menguruskan ladang ternakan lembu secara besar besaran.
Anak dan suaminya dihadiahkan projek yang besar sedangkan keuntungan untuk kerajaan tiada langsung.
Ia semata-mata umpama habuan percuma.
"Sudah sampai masanya rakyat ubah kerajaan yang sah gagal urus tadbir pemerintahan dengan telus, " katanya.
Tamrin yang berceramah bersama Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.
Beliau memuji langkah yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng kerana menambah peruntukan untuk Majlis Agama Islam, Sekolah Agama Rakyat (SAR) serta Guru Kelas Fardhu Ain (KAFA) yang sebelum ini dipandang sepi oleh BN.
Bila kerajaan negeri berjaya tingkatkan pendapatan guru KAFA, menambah infrastruktur SAR serta pertambahan peruntukan kepada Maipp ada pihak yang tidak puas hati melemparkan berbagai fitnah yang tidak berasas, katanya.
Mereka sanggup melemparkan fitnah kononnya Lim Guan Eng berlakun untuk mendapatkan undi melayu.
Parti Tindakan Demokratik (DAP) ingin menjadikan Negara Malaysia negara kristian dan sebagainya.
"Orang Melayu jangan termakan dakyah jahat Umno yang tidak mahu melihat negara ini berpindah tangan menjadi lebih baik.
"Pakatan Rakyat boleh mentadbir sepertimana yang dilakukan di negeri yang dimenangi pada pilihanraya umum 2008, " kata beliau di majlis anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor itu.
Pada majlis yang sama Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu merasmikan Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera (KERABAT) Parlimen Tasek Gelugor bersama Presiden KERABAT Malaysia, Kol (B) Haji Nazari Haji Mokhtar.

Langganan:
Postingan (Atom)