Jumat, 31 Januari 2014

Artis Muflis Seniman Sedia Hulur Bantuan



TIGA artis telah dikhabarkan muflis. Namun sehingga kini hanya Aweera tampil mengakui perkara itu manakala Farah AF masih berdiam diri sementara penyanyi rock,  Amy Search pula menafikannya.

Mengakui isu muflis suatu perkara berat, Presiden Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berkata, dia akan cuba membantu tiga artis terbabit dengan bekerjasama dengan badan tertentu bagi mengatasi masalah ini.

“Ia bukan satu jaminan, sebaliknya pihak Seniman akan cuba bekerjasama dengan mana-mana badan tertentu dan bertemu dengan tiga artis  bermasalah ini.

“Kemudian kita akan lihat bagaimana cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Tapi ingin saya tegaskan, ini bukan jaminan dari Seniman, saya tidak mahu akhirnya kelak, pihak Seniman pula dipersalahkan,” ujarnya kepada Zass.

Menurut Zed, demi perancangan jangka panjang, dia kini sudah merancang untuk membuat satu seminar bersama ahli-ahli Seniman mengenai cara menjaga kewangan yang betul.

Katanya, dia akan memanggil pakar dengan situasi sebegini yang akan mengajar mereka mengenai tindakan sewajarnya yang perlu mereka lakukan jika berhutang.

“Apa yang kita sedia maklum, golongan karyawan atau artis tidak mempunyai gaji tetap apatah lagi potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk jaminan masa depan.

“Gaji mereka hanya bergantung kepada apa projek yang mereka perolehi. Jadi amatlah penting bagi mereka mengetahui cara menguruskan kewangan yang betul.

“Mereka juga perlu sentiasa diingatkan bahaya muflis dan kita perlu tahu biasanya ada tiga jenis muflis iaitu melalui pinjaman, akibat saman dan juga menjadi penjamin. Jadi semua ini kita akan beritahu dalam seminar kelak,” jelasnya.

Kad diskaun buat Seniman

Dalam pada itu, Zed turut menyampaikan berita gembira buat 5,000 ahli Seniman yang berdaftar untuk mendapatkan kad Skuan 1Pengguna atau ringkasannya kad diskaun.

Jelas Zed, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, telah bersetuju dengan usul Zed untuk memberikan kad diskaun kepada selebriti bagi kegunaan mereka.

“5,000 ahli Seniman sudah boleh mengambil kad ini di pejabat Seniman pada bila-bila masa dan satu taklimat akan diberikan mengenai penggunaan kad itu.

“Kad ini telah diperoleh dan dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk kemudahan karyawan,” katanya. – Sinar Harian
Read More..

Kamis, 30 Januari 2014

Dari Perut Turun ke

Dari Perut Turun ke...
Sumber: Kompas

Kualitas hubungan intim anda dengan pasangan ternyata bisa dipengaruhi pula oleh santapan yang sebelumnya anda dan dia masukkan ke dalam perut. Ada makanan yang membawa efek positif terhadap aktivitas itu, ada pula yang sebaliknya.

Terlalu banyak menyantap makanan-makanan berat, seperti nasi, akan menjadikan gula darah sangat tinggi, tapi beberapa jam kemudian saja anda dan dia akan melempem dan lelah.

Jadi, untuk menaikkan energi secara pelan-pelan dan terus-menerus, hidangkanlah makanan dengan kandungan karbohidrat rendah hingga menengah, seperti bubur dan spaghetti dari gandum. Steak, keju cottage, ikan salmon, dan yoghurt rendah-lemak akan menaikkan dopamin dalam tubuh. Peningkatan dopamin--yang ditinjauankan oleh syaraf dalam sistem limbic, yaitu bagian otak yang mengatur rasa senang--akan menambah dorongan seks lelaki dan perempuan.

Pastikan mengunyah daging merah tak berlemak, telur, ikan sardin, dan sayuran daun hijau tua. Semua ini penuh dengan zat besi--sebuah elemen pokok yang membuat anda dan pasangan tetap merasa senang dan terjaga sepanjang hari.

Makanan-makanan kaya protein, seperti ikan, ayam, dan tahu, telah diketahui akan memerbaiki konsentrasi. Dengan menyediakan makanan-makanan ini untuk malam hari, anda dan dia akan merasa lebih melek ketika tiba waktu untuk berkegiatan di malam hari. Ikan yang mengandung banyak minyak, seperti makerel, haring, dan sardin, merupakan sumber-sumber yang baik dari Omega 3, yang membuat darah anda terpompa, kepekaan kulit anda bertambah--di semua tempat yang tepat!

Buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna merah dan ungu, seperti cherry, lobak, blackcurrant, dan blueberry, memiliki kandungan tinggi zat antioxidan, yang membantu darah mengalir lebih lancar, menolong pasangan anda menyambut tantangan.

Roti dari beragam biji-bijian, kerang, daging merah, kepiting, dan ikan sardin mengandung seng, yang merupakan zat yang penting sekali untuk menjaga penglihatan mata, indra perasa, indra pencium, dan memori anda tetap prima untuk memastikan anda memiliki malam yang tak terlupakan. (thesun.co.uk)
Read More..

Rabu, 01 Januari 2014

Jantung Terhenti Kerana Kerosakan Elektrikal


oleh Suzan Ahmad

Kita sering mendengar kematian mengejut apabila individu rebah selepas mengadu sakit dada. Masalah ini digelar keadaan jantung terhenti iaitu apabila jantung berhenti berfungsi secara tiba-tiba.

Puncanya - kerosakan sistem elektrikal organ penting berkenaan. Perlu diingat, jantung terhenti bukanlah serangan jantung. Namun, angka kematiannya menggerunkan iaitu 3 juta kes setahun di seluruh dunia. Malangnya, daripada jumlah itu hanya 1% mangsa yang berjaya diselamatkan.


Ramai menyangkakan barah adalah pembunuh utama, sebaliknya jika digabungkan jumlah penyakit kronik seperti barah payudara, barah serviks, strok dan HIV/AIDS jumlah itu masih tidak dapat menandingi kes kematian akibat jantung terhenti.



Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!


Pembunuh Nombor 1

Penyakit berkaitan masalah kardiovaskular adalah pembunuh nombor satu dan jumlah ini semakin meningkat di Malaysia terutama dalam kalangan lelaki berusia kurang dari 40 tahun.

Ini kerana, walaupun masyarakat hidup lebih lama, malangnya kualiti hidup terjejas akibat penyakit seperti kencing manis, serangan jantung, strok dan pelbagai lagi. Semuanya akibat gaya hidup yang tidak sihat termasuk diet dan amalan merokok.

Organ Elektrikal

Memandangkan jantung adalah organ elektrikal, bermakna ia boleh rosak sama ada ia berdegup terlalu laju atau terlalu perlahan. Pada masa cukup singkat, beberapa saat atau minit saja kematian secara mengejut boleh berlaku.

Di Amerika Syarikat misalnya, 70% kematian akibat jantung terhenti disebabkan lewat mendapat rawatan. Lebih malang lagi, individu yang pernah mengalami serangan jantung mempunyai risiko 4 hingga 6 kali ganda mengalami jantung terhenti.

Beza Dengan Serangan Jantung

Namun ada bezanya antara jantung terhenti dengan serangan jantung. Ringkasnya, secara perbandingan, andai jantung adalah sebuah rumah, jantung terhenti berlaku apabila berlakunya masalah bekalan elektrik manakala serangan jantung disebabkan masalah paip.


Punca

Punca paling biasa jantung terhenti adalah arrhythmia dikenali ventricular fibrillation (VF). Ia berlaku apabila isyarat elektrikal yang mengawal pengepaman jantung tiba-tiba menjadi laju dan tidak sekata. Akibatnya, bahagian bawah jantung, iaitu ventrikal mula bergetar dan tidak berdegup. Ini menyebabkannya tidak lagi mampu mengepam darah dari jantung ke seluruh tubuh.

Jika darah gagal mengalir ke otak, ia akan kehilangan oksigen dan individu malang itu akan pengsan serta-merta. Tanpa bantuan kecemasan seperti kejutan elektrik yang disalirkan terus ke jantung (menggunakan mesin defibrillator) untuk mengembalikan rentak biasa jantung, pesakit akan mati dalam beberapa saat atau minit saja!

Lebih membimbangkan, masalah jantung terhenti tidak boleh dijangka dan boleh menimpa individu sihat, aktif dan tanpa rekod masalah jantung. Bagaimanapun, keadaan ini tidak berlaku secara rambang dan majoriti mangsa mempunyai sejarah komplikasi kesihatan atau jantung dan mungkin tidak menyedarinya.


Rawatan

Antara rawatan terkini adalah Implantable Cardioverter Defibrillators (ICD). Alat ini berfungsi memastikan kadar degupan jantung sentiasa aktif apabila pesakit mengalami serangan jantung secara tiba-tiba. ICD ditanam dalam dada dan memantau jantung dengan mengesan sebarang rentak luar biasa.

Sebarang arrhythmia merbahaya dikesan, ICD menghantar nadi kejutan elektrik tenaga rendah bagi mengembalikan rentak normal jantung dan menghalang jantung mati. Diperbuat daripada titanium seberat 68 gram, alat yang perlu dicas 6 bulan sekali ini menelan kos sekitar RM32,000 hingga RM80,000 dan mudah diuruskan. ICD mampu bertahan sehingga 6 tahun bergantung kepada individu.

Sejak diperkenalkan pada 1996 di IJN, kaedah ini memberi manfaat kepada 70 hingga 80 pesakit di Malaysia setiap tahun.

Info Tambahan

Jantung Terhenti

# Disebabkan masalah elektrikal
# Jantung henti berdegup serta merta dan tanpa amaran
# Boleh sebabkan maut jika tidak dialirkan dengan kejutan elektrik secara segera

Serangan Jantung

# Masalah pembuluh
# Salur darah tersumbat menghalang aliran darah ke jantung
# Kekurangan darah boleh merosakkan otot jantung dan tisu.



Lagi info tentang JANTUNG di sini.
Read More..

Tasik Muncul Di Tengah tengah Gurun Gobi

Kira-kira 6 kilometer dari selatan bandar Dunhuang, China terdapat sebuah keajaiban alam yang mana ia mempunyai satu lanskap tasik yang sangat menarik. Ia juga turut dikelilingi dengan gunung pasir.

Kebiasaannya kita sering dibayangi dengan suasana gurun yang hanya berlatarkan tempat yang kurang menarik. Terdapat sebuah gurun yang terletak kira-kira 6 kilometer dari selatan bandar Dunhuang, China. Ia dikelilingi oleh gunung pasir menjadikan tempat ini satu keajaiban alam. Jika dilihat seolah-olah tempat ini menyerupai bentuk bulan sabit Sejak tahun 1960 kedalaman tasik disini terus menurun, tapi pada tahun 2006 kerajaan tempatan dengan bantuan kerajaan pusat mula memulihkan kembali kedalaman tasik ini.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Read More..