Tampilkan postingan dengan label masih. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label masih. Tampilkan semua postingan

Kamis, 06 Maret 2014

Masih Suami Isterikah Di Alam Akhirat

Salam semua,





1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.
5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.
6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir’.
sumber


Read More..

Kamis, 06 Februari 2014

Ika Nabila AF6 Masih Bersama Pengkid


Sejak keluar daripada pentas Akademi Fantasia 6, pelakon serta penyanyi, Ika Nabila tidak henti-henti dikaitkan dengan kontroversi. Berpakaian seksi, kaki sosial, memiliki ‘dildo’, minum arak serta digosipkan menjalin hubungan cinta dengan pengkid, itu antara kontroversi yang pernah menjengah hidup pelakon drama, ‘Apa Celop’ itu.
Walaupun sudah menjelaskan perkara sebenar, namun kontroversi tersebut masih melekat pada dirinya, lebih-lebih lagi isu bercinta dengan pengkid. Mana tidaknya, ke mana saja beliau pergi, pengkid yang dikaitkannya itu pasti ada bersama. Terbaru, kelibat Ika bersama pengkid itu dilihat di majlis resepsi Irma Hasmie.
“Dia pengurus saya, Adlin, sebab itu ke mana saja saya pergi dia akan ada. Dia sudah menguruskan saya sejak saya keluar AF6 lagi. Ibu bapa saya pun mengenali Adlin dan saya sendiri memanggilnya dengan nama Kak Long. Mana yang kenal saya, mereka tahu perkara sebenar.
“Walaupun saya dah beri penjelasan sebelum ini, orang masih anggap kami mempunyai hubungan dan memerli saya. Tak apalah, saya pun dah malas nak cakap apa-apa lagi kerana mulut orang ini susah nak tutup. Saya anggap mereka yang berfikiran sebegitu mengambil berat terhadap saya. Bagi saya, dari terus buang masa memfitnah saya, lebih baik mereka cakap pasal kerjaya saya,” ujar Ika yang mengakui gosip ini sedikit sebanyak menaikkan namanya.
“Walaupun gosip negatif namun saya ambilnya secara positif. Tidak dinafikan, kontroversi yang berlaku membuatkan orang lebih ramai mengenali saya. Alhamdulillah, tawaran berlakon juga tidak putus-putus. Saya baru saja selesai menjalani penggambaran untuk Cerekarama TV3, ‘Perempuan Neraka’.
“Selain itu saya juga sudah selesai telemovie Raya, ‘Hantu Susu’ untuk Astro dan juga ‘Muat Tak Muat’ untuk TV3. Selepas ini, saya akan mula shooting sebuah drama untuk Slot Azalea TV3,” ujarnya yang pernah keluar dengan single, ‘Tiada Rasa’ sebelum ini.
GUA sempat menemubual pengurus Ika, Adlin mengenai gosip yang timbul dan Adlin menjawab, “Benda itu mengarut. Kami rapat dah lama dan keluarga dia juga kenal saya. Bila dengar gosip itu saya gelak sebab saya anggap dia macam adik saja. Orang hanya cakap saja kerana mereka tak kenal kami dengan lebih dekat. Apapun, orang dalam industri faham dan kenal yang saya hanya pengurus dia saja.”
Read More..

Rabu, 25 Desember 2013

SUBHANALLAH…Satu Satunya ‘Sahabat Nabi’ Yang Masih Hidup!

SUBHANALLAH...Satu-Satunya Sahabat Nabi Yang Masih Hidup Sehingga Ke Hari Ini!

Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya, Muhammad SAW.
Pohon yang diberkati.
Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan.
Sebab itu ianya digelar “the only living sahabi” atau “sahabat Nabi yang masih hidup”.
Sedikit sejarah mengenainya…
Ketika Rasulullah SAW keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.
Semasa Baginda  berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak menaungi Baginda daripada cahaya matahari.
Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah SAW itu dengan berkata: “Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini.”
Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa’awiyya di negara Jordan.
peta jordania
peta jordania2
Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Basra di Syria.
Sebagaimana kita tahu, Rasulullah S.A.W dua kali tiba di Basra.
1. Ketika bersama bapa saudaranya Abi Talib sewaktu berumur 12 tahun dan bertemu dengan Rahib Buhaira dan terserlah tanda kerasulan baginda di belakang bahu sepertimana tercatat dalam kitab injil tentang tanda kerasulan nabi akhir zaman.
2. kali kedua rasulullah ke Basra membawa barang dagangan saidatina khadijah. apa yg menarik..selepas dari tanah Tabuk hingga ke Basra sejauh lebih 500km..kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas.
~ Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang.
Tiada tumbuhan hidup sepertinya. ALLAH menghidupkannya dengan kehendak-NYA jua, ALLAHU ALLAH.
pohon_sahabat3
Dan di dalam video dibawah ini juga, Raja Abdullah II (Jordan) dan Habib Umar Benhafidz seorang daripada keturunan Rasulullah SAW turut menziarahi pohon di mana Rasulullah pernah berada di situ.
Wallahualam…
Sumber : Page FB Tazkirah Di FB
Read More..

Minggu, 22 Desember 2013

Juruterbang 777 Masih ‘Dalam Latihan’

Juruterbang 777

Seoul – Juruterbang Boeing 777 Asiana Airlines yang terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco sedang dalam latihan untuk mengemudi pesawat berkenaan, kata syarikat penerbangan itu, semalam.
Juruterbang Lee Kang-Kuk, 46, mempunyai pengalaman penerbangan selama 43 bagi pesawat jenis berkenaan walaupun beliau berkemahiran tinggi kerana sudah melakukan penerbangan selama 9,000 jam, kata Asiana.
“Memang benar, Lee sedang dalam latihan untuk mengendali pesawat Boeing 777,” kata jurucakap Asiana.
Pada masa sama, beliau dibantu seorang jurulatih berpengalaman yang bertindak sebagai juruterbang kedua.
Asiana berkata, pesawat terbabit yang dibeli pada Mac 2006 turut dibaiki kerana kebocoran minyak dari sebuah enjinnya awal bulan lalu.
Punca nahas
Ketua Pegawai Eksekutif Asiana, Yoon Young-Doo kelmarin menolak hujah bahawa kemalangan mungkin disebabkan kegagalan mekanikal sebagai punca nahas.
Penyiasat Amerika Syarikat berkata, pesawat itu terbang lebih perlahan daripada yang sepatutnya dan seorang juruterbang meminta untuk menangguhkan pendaratan sebelum kapal terbang berkenaan terhempas.
Data rakaman pesawat juga menunjukkan bahawa Boeing 777 itu menerima amaran bahawa enjinnya mungkin terhenti sebaik saja mendekati landasan sebelum meletup dan terbakar.
Akibatnya, dua orang terbunuh dan 182 yang lain cedera.
Permintaan supaya menangguhkan pendaratan dirakamkan perakam suara kokpit kira-kira 1.5 saat sebelum pesawat terhempas, kata pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB), Deborah Hersman, yang mengetuai siasatan.
Ia adalah kemalangan maut pertama membabitkan pesawat penumpang Asiana sejak Jun 1993 apabila sebuah Boeing 737 dikendalikan syarikat sama terhempas di sebuah pergunungan di Korea Selatan menyebabkan 68 orang terkorban. – AFP
Read More..