Tampilkan postingan dengan label kereta. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kereta. Tampilkan semua postingan

Kamis, 20 Februari 2014

Beginilah Cara Berdiri di Kereta Api Tanpa Berpegangan

Hehehe…gadis seksi ini sangat santai dan tidak perlu menggunakan kedua tangannya untuk berpegangan didalam kereta api….cukup nempelin bokongnya dan jepit……  :lol:
.
 

sumber



Orignal From: Beginilah Cara Berdiri di Kereta Api Tanpa Berpegangan

Read More..

Sabtu, 28 Desember 2013

Helmi Gimik Nyaris Maut Kereta Terbakar


Helmi Gimik Nyaris Maut Kereta Terbakar

SEREMBAN – Pelawak, Helmi Gimik nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terbakar secara tiba-tiba dalam satu kejadian di Jalan Bukit Tangga, Jelebu–Seremban, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Helmi bersama dua rakannya menaiki kereta jenis Mercedes Benz E240 dalam perjalanan pulang ke Nilai selepas membuat persembahan di majlis yang dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Felda Pasoh 4, Simpang Pertang, Jelebu, di sini.
Menurut Helmi, dia bersama pembantu peribadi dan salah seorang pemuzik terhidu bau hangit ketika dalam perjalanan pulang.
helmi gimik
“Ketika memandu, saya melihat kepulan asap keluar daripada pendingin hawa kereta dan berbau hangit.
“Saya terus berhentikan kereta dan keluar memeriksa bonet. Sebaik sahaja dibuka, asap tebal memenuhi keseluruhan enjin kereta,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Helmi berkata, dia bersama rakannya bergegas menyelamatkan barang-barang penting dalam kenderaan sejurus melihat asap tebal itu.
“Selepas selesai meletakkan barang di tepi jalan, kereta saya tiba-tiba meletup dan terbakar.
“Kejadian berlaku sekelip mata dan saya tergamam melihat kereta sendiri dijilat api yang marak,” katanya.
Menurutnya, dia tidak menyangka keretanya terbakar kerana sejak dibeli lima tahun lalu, ia tidak mempunyai masalah.
“Saya bersyukur kami semua selamat dan tidak cedera,”katanya. – SinarHarian

Read More..

Kamis, 19 Desember 2013

Ngeri Pelumba selamat walaupun kereta berkecai



KERETA lumba mula berkecai.



INDIANAPOLIS - Pemandu Britain, Mike Conway nyaris maut apabila kereta lumbanya melayang ke udara pada kelajuan 320 kilometer sejam semasa perlumbaan Indy 500 di litar Indianapolis, Amerika Syarikat (AS) kelmarin, lapor sebuah akhbar.
Kereta lumba yang dipandunya kemudian merempuh pagar keselamatan sebelum berkecai di hadapan ratusan penonton yang tergamam melihat kemalangan tersebut.
Nahas itu berlaku setelah kereta Conway melanggar kereta yang dipandu oleh Ryan Hunter-Reay, 37, pada perlumbaan berkenaan.
Conway, 26, bernasib baik kerana dia hanya patah kaki. - Agensi
Read More..