Tampilkan postingan dengan label kampung. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kampung. Tampilkan semua postingan

Jumat, 07 Maret 2014

Nauzubillah Ibu Ini Ditelanjangi Dan Diarak Keliling Kampung Oleh Anak Kandungnya


 
Entah setan mana yang merasuki tiga anak di India ini hingga tergamak menyakiti ibu kandungnya. Ketiga anak tersebut sampai hati memukuli ibu kandungnya dengan tongkat dan mencukur rambut ibunya hingga botak. Mereka juga tergamak melucuti pakaian   ibu mereka dan mengaraknya keliling kampung.

Kerana perbuatan tersebut, sang ibu harus menanggung malu dan rasa sakit. Ibu malang yang mengalami luka fizikal dan mental itu mengadukan nasibnya kepada polis .

The Daily Mail, Jumaat (24/8) melaporkan kekejian anak derhaka tersebut terjadi di Desa Lalganj, distrik Gaya, negara bahagian Bihar, India, Rabu (22/8) kelmarin. Kepada polis , wanita tua yang identitinya dirahsiakan  mengaku menjadi mangsa kekerasan tiga anak kandungnya yang bernama Dilip Paswan, Chhotu Paswan dan Sandeep Paswan.

Ironisnya, perbuatan ketiga anak derhaka tersebut disokong enam anggota keluarga lainnya, termasuk para menantunya. Mereka beramai-ramai menghajar dan mempermalukan wanita malang tersebut.

Dalam laporannya, wanita itu mengatakan anak-anaknya dan keluarganya mencuba membunuhnya demi mendapatkan harta mendiang suaminya. Kejamnya, ketiga anaknya tega mengusir ibunya tersebut sebelum memukuli hingga mengalami luka fizikal dan luka hati.

Seorang saksi mengatakan mangsa berprofesion sebagai tukang masak untuk makan siang anak-anak sekolah. Menurut warga desa, anak-anak dan keluarganya tidak menyukai sikap dan sifat wanita tersebut. Sayangnya, tidak dijelaskan sifat seperti apa yang dimaksud.

Kini tiga anak mangsa dan dua menantunya mendekam di dalam tahanan polis . Mereka didakwa melakukan kejahatan keji. Mereka ditetapkan sebagai tersangka dan segera diadili dan harus membayar perbuatannya dengan menginap di hotel prodeo.
sumber 
osseram
Read More..

Rabu, 25 Desember 2013

Kesian Budak 6 Tahun Tinggal Seorang Diri Dipulau Orang Kampung


Ah Long, yang tinggal di wilayah Guangxi di China kehilangan kedua ibu bapanya akibat AIDS dan terpaksa tinggal keseorangan. Kanak-kanak ini terpaksa melalui kehidupan dengan berdikari sendiri seperti membasuh baju, memasak dan belajar.


Neneknya yang berusia 84 tahun ada menanam sayur-sayuran untuk dijadikan makanan kanak-kanak malang ini dan kadang-kadang memasak untuknya namun neneknya tidak akan tinggal bersamanya.

Masyarakat di sekelilingnya, termasuk pihak sekolah berdekatan memulau dan tidak membenarkannya bersekolah di situ hanya kerana dia pembawa virus HIV dan ibu bapa pelajar lain mengugut untuk membunuhnya jika dia menghampiri anak-anak mereka. Doktor pula enggan untuk merawatnya.

Satu-satunya teman yang ada bersama menemaninya hanyalah anjing peliharaannya yang bernama Lao Hei.


Jabatan kebajikan masyarakat juga menolak tanggungjawab untuk menjaga budak ini dan wang saraan yang diberi iaitu sebanyak 70 yuan (kira-kira RM34) sebulan tidak mencukupi untuk menampung hidupnya.

Rasa sangat kasihan dan sedih bila dengar cerita tentang kanak-kanak ini padahal dia tidaklah diminta untuk dilahirkan mendapat penyakit sedemikian rupa.

Namun masih ada harapan untuk kanak-kanak ini kerana cerita kanak-kanak malang ini telah mendapat liputan yang agak meluas dan dikhabarkan ada keluarga yang sanggup untuk mengambilnya menjadi anak angkat. Tapi setakat ini tiada apa perkembangan terbaru.
Read More..